TANAH PAMAH

Tanah pamah ialah kawasan yang rata dan beralun. Kawasan ini meliputi ketinggian kurang daripada180 meter dari aras laut.

1. Di semenanjung Malaysia, kawasan tanah pamah dibahagikan kepada tiga:

(a) Tanah pamah di pantai barat :

  •  Paling lebar dan luas
  •  Diliputi tanih aluvium yang subur dan sesuai untuk penanaman padi
  •  Dataran Kedad-Perlis, Dataran Kerian, Dataran Hilir Sungai Perak

(b) Tanah pamah di pantrai timur :

  •  Sempit, terputus-putus, dan berpasir
  •  Dilanda banjir pada musim tengkujuh
  •  Dataran Kelantan ,Dataran Terengganu, Dataran Pahang

(c) Tanah rendah beralun-alun di selantan :

  •  Beralun-alun dan berbukit-bukit
  • Mempunyai kawasan paya luas
  •  Ditanami getah, kelapa sawit ,dan nanas
  •  Dataran Johor

2. Dataran pantai timur Sabah adalah lebih lebar tetapi sebahagiannya berpaya.

3. Contoh dataran utama di pantai timur Sabah ialah Lembah Kalabakan , Lembah  Kinabatangan , Delta Segama, dan Delta Labuk.

4. Dataran pantai barat Sabah adalah lebih sempat dan terputus-putus kerana Banjaran Crocker menganjur hampir dengan kawasan pantai.

5. Di Sarawak dataran yang luas terdapat di sepanjang pantai barat.Contohnya Delta Rajang , Dataran Baram , dan Dataran Lupar .

KEPENTINGAN TANAH PAMAH DI MALAYSIA

a) Kawasan Pertanian – Diliputi tahih alluvium; penting untuk padi

- Bersaliran baik, sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit

b) Kawasan Perlombongan – Timah alluvium banyak terdapat di   lombong di Lembah Kinta

c) Tapak Petempatan – Menjadi kawasan tumpuan penduduk seperti di Lembah Kelang

d) Kawasan Perindustrian – Kebanyakan kilang-kilang dimajukan di kawasan tanah pamah seperti di Lembah Kelang

e) Jaringan Pengangkutan dan Perhubungan – Tanah pamah memudahkan pembinaan jaringan pengangkutan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    %d bloggers like this: