TANAH TINGGI

Hutan tanah tinggi dari segi ekologinya adalah kawasan yang berada pada ketinggian melebihi 300 meter dari aras laut. Secara fizikal, ia merupakan kawasan hutan yang meliputi banjaran-banjaran.

Antara kawasan tanah tinggi yang terdapat di Malaysia ialah:

  • Tanah Tinggi Genting (setinggi 2,000 meter dari aras laut dengan suhunya antara 14°C hingga 25°C)
  • Tanah Tinggi Cameron ( setinggi 1,829 meter dari aras laut dengan suhunya antara 10°C hingga 20°C)

 

 

KEPENTINGAN KAWASAN TANAH TINGGI DI MALAYSIA

a) pusat pelancongan

– suhu yang sederhana menarik pelancong seperti Tanah Tinggi Cameron.

b) kawasan tadahan air

– menjadi kawasan tadahan air bagi sungai-sungai seperti Banjaran Titiwangsa

c) sumber kayu balak

– diliputi oleh hutan hujan tropika yang membekalkan kayu-kayu yang berharga seperti

keruing dan Meranti.

d) pusat jana kuasa hidroelektrik

– sesuai dijadikan tapak bina stesen hidroelektrik kerana banyak sungai yang beraliran deras.

e) kawasan pertanian

– iklim yang sederhana menggalakkan penanaman tanaman hawa sederhana.

SISTEM GUNUNG LIPAT
1. Banjaran gunung di Malaysia adalah sebahagian daripada Sistem Gunung Asia, iaitu bermuladari Pusaran Pamir di utara India.

2. Banjaran gunung di Malaysia terdiri daripada gunung-gunung lipat yang terbentuk daripada

proses lipatan kerak bumi.

3. Proses lipatan berlaku apabila wujudnya kuasa mampatan dalam kerak bumi sehingga

menyebabkan kerak bumi berlipat.4. Bahagian lipatan yang melengkung ke atas dinamakan lintap mungkum atau antiklin yangakan
membentuk gunung lipat.

5. Bahagian lipatan yang melengkung ke bawah dinamakan lintap lendut atau siklin yang boleh

membentuk lurah, lembah, atau lembangan.

GUNUNG LIPAT MUDA – terbentuk kira-kira 35 juta tahun dahulu
– tinggi dan kasap
– tidak stabil
GUNUNG LIPAT TUA – terbentuk kira-kira 250 hingga 600 juta tahun dahulu
– lebih rendah

– stabil

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • %d bloggers like this: